Kandang kambing jadi stor simpan rokok seludup

Kandang kambing jadi stor simpan rokok seludup

KANDANG kambing yang dijadikan sebagai stor menyimpan rokok seludup di Kampung Berlian, Tumpat, Kelantan.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Taktik seorang lelaki menyembunyikan 18,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai di bawah kandang kambing yang tidak digunakan di Kampung Berlian, Palekbang, di sini terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA), malam tadi.

Serbuan kira-kira pukul 10 malam itu menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu turut menahan seorang lelaki berusia 43 tahun bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan di lokasi telah menemukan beberapa kotak dan bungkusan plastik lutsinar berisi karton rokok putih yang disimpan di bawah sebuah kandang yang tidak digunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, soal siasat awal mendapati lelaki berkenaan bekerja sebagai peniaga dan sudah berkecimpung dalam perniagaan rokok tidak bercukai selama lapan tahun.

“Lelaki berkenaan memaklumkan ini merupakan kali kedua ditangkap polis berhubung kegiatan berkenaan.

“Suspek turut mengaku memperoleh bekalan rokok tidak bercukai daripada seorang lelaki berbangsa Cina di Wakaf Bharu, Tumpat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, suspek mengaku membuat tempahan bekalan sebanyak dua peti seminggu mengikut kebiasaan dan bergantung kepada permintaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Suspek bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM33,660,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini