PM menghadap Agong untuk mesyuarat pra-Kabinet - Utusan Malaysia

PM menghadap Agong untuk mesyuarat pra-Kabinet

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri Yaakob sempena mesyuarat pra-Kabinet menerusi sidang video di Istana Negara hari ini. - ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mesyuarat pra-Kabinet pagi tadi.

Menurut Istana Negara, baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri menerusi sidang video di Istana Negara.

“Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula pukul 9 pagi.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata Istana Negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya