fbpx

Bekalan air di 463 kawasan terjejas pulih sepenuhnya 3 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bekalan air bersih dan selamat telah mula disalurkan pada pukul 7 pagi ini secara berperingkat-peringkat kepada pengguna di kesemua kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

Menurut kenyataan Air Selangor, ini insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Air Selangor telah menjalankan ujian kualiti air dan ia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Air terawat dari LRA Sungai Semenyih juga telah disahkan selamat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk diagihkan kepada pengguna.

Menurut kenyataan, pada masa kini, Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air di kesemua kawasan-kawasan yang terjejas.

“Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat–peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam, 3 September ini.

“Air Selangor akan terus menggerakkan bantuan bekalan air alternatif kepada pengguna dan premis-premis kritikal yang terlibat. Sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan-kawasan pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Sila rujuk aplikasi Air Selangor, laman sesawang www.airselangor.com dan semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Facebook Twitter, Instagram Air Selangor untuk maklumat bekalan air yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

POPULAR

KOSMO! TERKINI