440,200 benih ikan dilepaskan di Terengganu - Utusan Malaysia

440,200 benih ikan dilepaskan di Terengganu

AZMAN Ibrahim (tengah) melepaskan benih ikan seperti udang galah, baung, lampan, kelah dan sebarau di Sungai Dungun di Dungun hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 440,200 benih ikan air tawar pelbagai spesies termasuk, baung, lampan dan siakap serta udang galah dilepaskan secara serentak di kesemua lapan daerah di Terengganu, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, inisiatif sempena Tahun Pertanian Terengganu 2021 itu bertujuan meningkatkan bekalan ikan di perairan umum sekali gus memberi manfaat kepada 273 nelayan darat di seluruh negeri.

Katanya, jumlah tertinggi membabitkan daerah Hulu Terengganu menerusi pelepasan sebanyak 230,000 benih udang galah dan lampam di Sungai Leban di Tasik Kenyir dan Sungai Tersat (22,550 benih ikan).

“Di Dungun pula sebanyak 42,750 benih ikan dilepaskan di Sungai Dungun manakala Setiu dan Kuala Terengganu masing-masing 22,500 benih;  Marang (21,000 benih ikan), Kuala Nerus (21,500 benih ikan), Kemaman (20,500 benih ikan) dan Besut (14,600 benih ikan),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azman berkata, program pelepasan benih ikan itu membabitkan kos bernilai RM141,800.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan sebanyak 109 lesen sampan khas kepada penerima di daerah Dungun yang merupakan teramai di Terengganu.

Selain itu, katanya, sebanyak 40 unit unjam turut dilabuhkan di Kampung Sura di daerah sama  hari ini yang sekali gus bakal memberi manfaat kepada 20 nelayan di Dungun.

“Kita juga menyampaikan bantuan one-off Covid-19 kepada empat penerima termasuk nelayan, penternak dan usahawan di Dungun,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.