Ziarah kubur: Ismail Sabri tidak langgar SOP - MKN - Utusan Malaysia

Ziarah kubur: Ismail Sabri tidak langgar SOP – MKN

ISMAIL Sabri Yaakob menziarahi kubur ibu bapanya, Allahyarham Yaakob Abdul Rahman dan Allahyarhamah Wan Jah Wan Hamat di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah di Temerloh, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa melakukan ziarah kubur ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang hari ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, dakwaan tersebut tidak tepat dan Ismail Sabri masih patuh terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan kerajaan.

Hal itu kerana, tiada SOP khusus berkenaan aktiviti ziarah kubur melainkan ia hanya berkuat kuasa semasa Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini.

“Tiada SOP mengenai ziarah kubur. Macam mana boleh ada pihak mendakwa Perdana Menteri melanggarnya? SOP ini hanya ketika musim perayaan sahaja.

“Luar daripada konteks itu, aktiviti ziarah kubur masih boleh dilakukan oleh sesiapa asalkan mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan, mencuci tangan.

“Yang penting, ia mestilah tertakluk dengan SOP am yang diterbitkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dakwaan terhadap Ismail Sabri hadir selepas gambarnya tular di media sosial yang menziarah kubur kedua orang tuanya ketika dalam perjalanan menghadiri beberapa program di Parlimennya di Bera selepas dilantik sebagai ketua kerajaan, baru-baru ini.

Dalam gambar yang tular itu, beliau dilihat sedang menadah tangan berdoa bersama empat individu dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Semakan Utusan Malaysia di ruangan komen Facebook mendapati, beberapa pengguna mendakwa Ismail Sabri melanggar SOP dan undang-undang, wujud amalan dua darjat antara orang biasa dan golongan kenamaan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu masih Perdana Menteri mengumumkan aktiviti ziarah hari raya dan ziarah tanah kubur dilarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.