Sarawak tidak boleh lagi hilang mata - Sharbinee - Utusan Malaysia

Sarawak tidak boleh lagi hilang mata – Sharbinee

Sahrbinee Allawee berharap Sarawak United tidak kehilangan mata bagi meneruskan misi menjuarai Liga Perdana.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Bekas penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee tekad mahu lebih ‘kebal’ dalam mengawal gawang gol Sarawak United dalam memastikan misi meraih kejuaraan Liga Perdana tercapai.

Memiliki kelebihan dua perlawanan dan satu kepada Terengganu II (TFC) serta Negeri Sembilan, Sarawak dilihat mampu untuk merampas kedudukan liga apabila hanya ketinggalan satu mata kepada pendahulu.

Selepas mengharungi 14 perlawanan, skuad Bujang Senang itu hanya mengalami dua kekalahan dan perlu memastikan tidak lagi tercicir mata bagi merampas kembali takhta liga. 

Sharbinee kini telah dibolosi 10 gol dan merekodkan enam clean sheet mengakui belum berpuas hati sepenuhnya dan akan bekerja lebih keras untuk tidak lagi dibolosi dalam aksi-aksi akan datang.

“Saya telah bolos 10 gol sebelum ini dan separuh daripadanya adalah gol penalti pihak lawan. Saya rasa sebenarnya mampu untuk buat lebih baik.

“Tidak boleh rasa terlalu berpuas hati kerana misi kami adalah untuk raih kejuaraan Liga Perdana dan tidak boleh lagi tercicir mata untuk aksi akan datang.

“Kalau nak bandingkan prestasi saya ketika bersama Pahang musim lepas, saya boleh katakan ia agak berbeza kerana tahun lepas saya beraksi di pentas Liga Super, jadi saingan itu lebih lain.

“Macam-macam mana pun, banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki dan saya akan lebih fokus untuk meletakkan Sarawak di kedudukan terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.