Penunggang motosikal maut rempuh lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut rempuh lori

KEMALANGAN melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut selepas merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah berhampiran susur ke arah Port Dickson, Seremban petang tadi. - GAMBAR/IHSAN ORANG AWAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah berhampiran susur ke arah Port Dickson di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang itu mangsa yang berusia 20 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 48 tahun sedang bergerak perlahan menuju ke susur Port Dickson kerana kesesakan jalan raya.

“Kemudian datang sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggang mangsa dari arah belakang telah melanggar sisi kiri lori tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd. Said, akibat rempuhan itu mangsa yang dipercayai seorang pekerja kilang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu lori yang memandu sendiri dari arah Seremban ke Port Dickson tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN