Vaksin satu dos dari J&J antara dua lagi yang diluluskan untuk kegunaan di Malaysia

Vaksin satu dos dari J&J antara dua lagi yang diluluskan untuk kegunaan di Malaysia

Vaksin satu dos keluaran Janssen Pharmaceutica adalah antara dua vaksin baru yang diluluskan kerajaan untuk digunakan di negara ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lagi vaksin diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk menangani pandemik Covid-19 di negara ubu

PBKD telah memberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan bencana membabitkan dua  vaksin Covid-19 tersebut iaitu keluaran Sinopharm dan Johnson & Johnson (J&J) melalui Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ialah adalah vaksin Covilo yang dibangunkan China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm.

Katanya, satu lagi vaksin adalah yang membabitkan satu dos sutikan dibangunkan oleh Janssen Pharmaceutica N.V. dari Belgium.

“Kementerian Kesihatan akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang dinilai daripada aspek tertentu.

“Ia merangkumi kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan PBKD,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya