Tiga warga Bangladesh tertimbus, struktur LRT3 runtuh - Utusan Malaysia

Tiga warga Bangladesh tertimbus, struktur LRT3 runtuh

Str pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang runtuh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tiga pekerja warga Bangladesh dilapor cedera dan salah seorang daripadanya didapati tidak sedarkan diri selepas tertimbus oleh runtuhan besi akibat runtuhan dekat laluan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 yang masih dalam pembinaan di Bukit Tinggi, di sini hari ini.

Perkara itu disahkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari balai Pelabuhan Klang yang menerima panggilan pada pukul 2.40 petang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM, Hafisham Mohd. Noor, pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian dan mengeluarkan dua mangsa pertama.

“Bagaimanapun, mangsa terakhir hanya dapat dikeluarkan pada pukul 4.20 petang dan didapati tidak sedarkan diri. Mangsa berkenaan kemudian terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya