KOTA BHARU: Penempatan anggota polis di Stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Tunjong, di sini bertujuan mengekang kegiatan jenayah akan diteliti.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, namun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada pihak ECRL.
Katanya, kemungkinan juga pihak berkenaan akan menggunakan polis bantuan.
“Pada Ahad ini, 29 November, saya bersama pasukan akan menaiki ECRL dan kami akan melihat dan meneliti berkaitan aspek keselamatan di stesen berkenaan.
“Hasil lawatan itu nanti, sekiranya perlu akan ada perbincangan lanjut memandangkan Kelantan adalah negeri bersempadan,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan ECRL dijadualkan mula beroperasi dari Terminal Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada 12 Disember ini. – UTUSAN











