Siasatan komprehensif insiden di tapak LRT3 - Utusan Malaysia

Siasatan komprehensif insiden di tapak LRT3

PASUKAN bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur binaan Aliran Transit Ringan (LRT) 3 di Bukit Tinggi, Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sudah diarahkan melakukan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah di tapak Projek Light Rail Transit Line 3 (LRT3), di Jalan Langat, Bandar Bukit Tinggi, Klang, semalam.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan komprehensif turut membabitkan Bahagian Kejuruteraan Forensik dan Bahagian Keselamatan Tapak Bina, JKKP Ibu Pejabat bagi mengenal pasti punca kejadian serta untuk menentukan sama ada terdapat perlanggaran perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, adalah menjadi kewajipan setiap majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja mahupun orang awam di tempat kerja yang berada di bawah kawalannya.

“Pihak KSM memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuklah kes kemalangan membabitkan sektor pembinaan,” katanya hari ini.

Semalam, tiga pekerja warga Bangladesh dilapor cedera dan salah seorang daripadanya didapati tidak sedarkan diri selepas tertimbus oleh runtuhan besi akibat runtuhan dekat laluan LRT 3 yang masih dalam pembinaan di Bukit Tinggi, Klang, semalam.

Perkara itu disahkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari balai Pelabuhan Klang yang menerima panggilan pada pukul 2.40 petang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM, Hafisham Mohd. Noor, pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian dan mengeluarkan dua mangsa pertama.

“Bagaimanapun, mangsa terakhir hanya dapat dikeluarkan pada pukul 4.20 petang dan didapati tidak sedarkan diri. Mangsa berkenaan kemudian terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya