Peralatan judi, pelacuran bernilai RM900,000 dilupuskan - Utusan Malaysia

Peralatan judi, pelacuran bernilai RM900,000 dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebanyak 1,669 peralatan perjudian dan pelacuran yang dirampas menerusi 74 serbuan di daerah Dang Wangi bagi tempoh antara 2019 hingga Mei lalu dilupuskan.

Daripada jumlah serbuan yang dilakukan, 61 kes membabitkan perjudian manakala 13 lagi kes pelacuran.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, semua kertas siasatan itu sudah selesai dan pihaknya membuat permohonan di hadapan Majistret Mahkamah Jalan Duta, di sini, pada 28 Mei lalu bagi melupuskan semua barang kes berkenaan dianggarkan bernilai RM900,000.

“Pihak mahkamah meluluskan untuk melupuskan barang kes berkenaan yang membabitkan 74 kertas siasatan yang dilakukan di Pejabat Pengurusan Barang Kes dan Stor Bekalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

“Hasil serbuan itu juga, sebanyak 61 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, manakala 13 lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 373B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memohon kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian dan pelacuran di daerah ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya