Lima Sekretariat Solidariti Rakyat dipanggil - Utusan Malaysia

Lima Sekretariat Solidariti Rakyat dipanggil

SEBAHAGIAN peserta memegang replika mayat semasa protes #LAWAN dengan berpakaian hitam di depan Masjid Jamek, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis akan memangil lima individu daripada Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) esok berhubung  penganjuran protes #Lawan di Dataran Merdeka hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu kepada Utusan Online. 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas siapa yang akan dipanggil.

“Ya, kita panggil esok,” katanya ringkas.

Terdahulu, SSR dalam satu kenyataan memberitahu, lima individu itu ialah Mohamad Abdullah Alshatry, Mohammad Asraf Sharafi Mohammad Azhar, Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri dan Sevan Doraisamy.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat dalam penganjuran protes #LAWAN.

Tindakan susulan akan diambil polis dan siasatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menerusi protes yang diadakan kira-kira pukul 10 pagi ini, dianggarkan seramai 400 sehingga 450 orang dipercayai telah berhimpun.

Pelbagai perkataan yang dilaungkan seperti ‘Hidup Rakyat’, ‘Bangkit Anak Muda dan ‘Kerajaan Gagal’, dengan kebanyakannya mengecam kerajaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya