Lima individu sahkan terima tuntutan Siti Nordiana - Utusan Malaysia

Lima individu sahkan terima tuntutan Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta tiga individu termasuk penyanyi Syura Badron, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC Sam Samin mengesahkan ada menerima tuntutan pernohonan maaf dari penyanyi, Siti Nordiana.

Pengesahan tersebut dibuat kelima-lima individu berkenaan dalam satu kenyataan yang dikongsikan Sam kepada Utusan Malaysia  hari ini.

“Kami berlima, Lan, Shiela, Syura, Aida G dan Sam telah menerima surat tuntutan dari pihak Siti Nordiana yang mana di dalamnya meminta agar kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam beserta syarat lain selain bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang.

“Kami telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam kami, Alan Razak untuk penelitian lanjut,” jelasnya.

Terdahulu, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana, 36, memutuskan untuk menyaman kelima-lima individu terbabit yang dipercayai memfitnahnya dalam sesi live di Instagram.

Keputusan itu diambil selepas kesemua individu tersebut gagal membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut penyanyi lagu angkara itu sehingga 5.30 petang, 27 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.