Hampir seluruh daerah Selangor, KL kena PKPD - Utusan Malaysia

Hampir seluruh daerah Selangor, KL kena PKPD

ANGGOTA keselamatan berkawal di laluan masuk PPR Pantai Ria, Pantai Dalam yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini ketika tinjauan di pangsapuri tersebut. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI/PIX ONLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hampir seluruh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa hingga 16 Julai ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara daerah terlibat ialah Daerah Petaling melibatkan mukim Petaling, Damansara, Sg Buloh, Bukit Raja; Daerah Hulu Langat (Mukim: Hulu Langat , Ampang, Cheras , Kajang, Semenyih, Beranang); Daerah Sepang (Mukim Dengkil, Labu, Sepang); Daerah Gombak (Mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu kelang, Kuang)

Daerah Kuala Langat (Mukim: Tanjung 12 (1), Tanjung 12 (2),Teluk Panglima Garang, Morib Bandar, Jugra, Batu); Daerah Klang (Mukim: Kapar, Klang); Daerah Kuala Selangor ( Mukim: Ijok,Bestari Jaya, Jeram); Daerah Hulu Selangor ( Mukim: Serendah ,Rasa, Ulu Yam, Batang Kali)

Manakala bagi Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju, Flat Seksyen 1 Wangsa Maju, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2) , Flat Sri Sabah, Kampung Puah.

Selain itu ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas ∙ Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima), Kampung Batu Muda, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya