Elaine ratu pecut Olimpik, pecah rekod 33 tahun - Utusan Malaysia

Elaine ratu pecut Olimpik, pecah rekod 33 tahun

PELARI Jamaica, Elaine Thompson-Herah muncul ratu pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO : Pelari Jamaica Elaine Thompson Herah dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas memecah rekod 100 meter (m) wanita di temasya terbesar dunia itu, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan Elaine mempertahankan pingat emasnya dalam acara reben biru yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Catatan masa 10.61 saat (s) dilakukan pelari berusia 29 tahun itu, menyaksikan dia memadam rekod berusia 33 tahun milik bekas ratu pecut Amerika Syarikat, mendiang Florence Griffith Joyner iaitu 10.62s yang direkodkan pada tahun 1988.

Lebih manis ketiga-tiga pingat yang dipertandingkan dalam acara reben biru itu menjadi milik atlet Jamaica dengan pingat perak menjadi milik juara dunia dua kali Shelley Ann Fraser Pryce yang melakukan catatan masa 10.74s manakala Shericka Jackson merangkul gangsa (10.74s). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.