Berhenti ‘berperang’ seketika - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Berhenti ‘berperang’ seketika – Ismail Sabri

ISMAIL Sabri Yaakob (dua dari kanan) beramah mesra bersama penerima vaksin ketika melawat PPV Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - UTUSAN FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua ahli Parlimen terutama pembangkang supaya berhenti ‘berperang’ buat sementara waktu.

Beliau menganggap, isu Covid-19 dan rakyat adalah jauh lebih besar berbanding apa yang diperjuangkan oleh pembangkang sewaktu di Sidang Parlimen Khas.

“Sewaktu di Parlimen, saya nampak Menteri Kewangan membentangkan insentif dan bantuan-bantuan kerajaan kepada rakyat, sepatutnya dibincangkan dengan terperinci dan itu yang rakyat nak dengar, apa cadangan dari pembangkang misalnya untuk menambah baik apa yang dilakukan kerajaan.

“Tapi hari Khamis, berperang dari pagi tak sempat pun nak bahas tentang apa yang kita patut bantu rakyat dalam keadaan waktu susah ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena.

Justeru, beliau meminta semua ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bekerjasama membantu rakyat dalam kesusahan.

“Lupakan peperangan dalam politik, yang pentingnya kita kena bersama-sama tak kira parti mana sebab saya percaya tugas mereka adalah bantu rakyat.

“Kalau nawaitunya sama, tiada sebab kita tidak boleh meletakkan perbalahan politik ke tepi sementara untuk kita sama-sama berganding bahu untuk membantu menyelesaikan isu Covid-19 ketika ini dan kesan Covid-19 kepada rakyat.

“Cari jalan selesaikan masalah rakyat bukannya berbalah politik yang akhirnya tidak dapat selesaikan isu rakyat dan mungkin boleh menjejaskan apa yang dilakukan kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya