Beregu campuran tewas kepada Hong Kong - Utusan Malaysia

Beregu campuran tewas kepada Hong Kong

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas dalam perlawanan kedua Kumpulan D kepada pasangan Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Hettrich.

TOKYO: Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D selepas tewas kepada pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam aksi tiga set.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, Peng Soon-Liu Ying tewas pada set pertama 18-21 selepas banyak bertahan berbanding melakukan serangan seperti Chun Man-Ying Suet.

Pada set kedua permainann tampak berubah dengan pasangan negara dilihat lebih agresif dalam melakukan serangan untuk meraih kemenagan 21-10.

Permainan bagaimanapun berubah pada pertengahan set ketiga apabila Liu Ying kelihatan teragak-agak untuk melakukan serangan dan kerap membuat kesilapan di jaring membuatkan mereka terpaksa akur dengan keputusan 16-21.

Pasangan negara itu akan bertemu pasangan Jerman esok, Mark Lamfuss-Isabel Hettrich dalam menghidupkan peluang ke suku akhir.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN