fbpx

Polis anggar 450 individu terlibat protes #Lawan 

PESERTA  protes #Lawan di Dataran Merdeka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anggaran antara 400 sehingga 450 orang berhimpun dalam protes #Lawan di Dataran Merdeka hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memberitahu Utusan Malaysia, bagaimanapun, protes berkenaan dapat disuraikan secara aman.

Kata beliau, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan memangil penganjur dan peserta perhimpunan berkenaan.

PESERTA berpakaian hitam berarak ketika protes #LAWAN di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur, hari ini. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

“Kekuatan kita sepanjang protes berkenaan adalah mencukupi dan protes berkenaan dapat disuraikan secara aman,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, sekumpulan individu a mula berkumpul sejak 10 pagi tadi di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, dengan berpakaian serba hitam.

Sebaik sahaja pukul 11 pagi, mereka mula berarak ke arah Dataran Merdeka.

Pelbagai perkataan yang dilaungkan seperti ‘Hidup Rakyat’, ‘Bangkit Anak Muda dan ‘Kerajaan Gagal’, dengan kebanyakannya mengecam kerajaan.

Polis sudah pun menutup kesemua jalan menghala ke Dataran Merdeka, menyebabkan ramai peserta protes meletakkan kenderaan di lokasi yang jauh dan menaiki LRT. – UTUSAN 

POPULAR

KOSMO! TERKINI