14 maut serangan kumpulan bersenjata di barat Niger - Utusan Malaysia

14 maut serangan kumpulan bersenjata di barat Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Sekurang-kurangnya 14 orang awam maut dalam serangan dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata di barat Niger, berhampiran sempadan dengan Mali.

Lapor Al Jazeera, serangan itu berlaku pada Ahad lalu kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) apabila kumpulan penyerang tiba di kampung Wiye di daerah Banibangou.

Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan memaklumkan kumpulan bersenjata itu menyasarkan orang awam sehingga membunuh 14 penduduk termasuk sembilan yang bekerja di ladang.

Jelas kenyataan itu, seorang penduduk yang mengalami kecederaan, sedang menerima rawatan hospital di Niamey.

Tambah kementerian, beberapa langkah keselamatan ditingkatkan dan satu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab.

“Siasatan itu bagi mengenal pasti pihak melakukan serangan kejam ini,” jelas kenyataan itu.

Setakat ini, tiada kumpulan tampil mengaku melakukan serangan tersebut.

Banibangou yang terletak antara Niger, Burkina Faso dan Mali, menjadi lokasi serangan berdarah kumpulan bersenjata sejak beberapa tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya