Suami isteri OKU mohon bantuan rumah kerajaan

Suami isteri OKU mohon bantuan rumah kerajaan

Rozaimy Abdul Raffar dan isteri, Nur Hafizah Rosli duduk di atas tapak tanah kosong merayu bantuan rumah kerajaan di kampung Sungai Lesong Air Kuning Tapah. – Utusan/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Suami isteri orang kurang Upaya (OKU) kepada seorang anak yang hidup serba daif menumpang di rumah orang tua mereka di kampung Sungai Lesong Air Kuning di sini, berharap pihak kerajaan dapat membantu membina rumah baharu untuk mereka sekeluarga.

Rozaimy Abdul Raffar, 41, berkata, setakat ini mereka menumpang di rumah emak dan keadaan rumah itu tidak berapa baik dan adik beradik turut tinggal bersama .

“Kami anak-beranak tinggal di sini dalam keadaan serba kekurangan, termasuk bil elektrik dan air pun banyak kali tertunggak dan pernah dipotong,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, Rozaimy berharap ada pihak dapat membantu membina rumah baharu atau mungkin bantuan kerajaan yang ada sekarang ini yang boleh didiami mereka kami anak-beranak.

“Lagipun, saya tiada pendapatan tetap untuk membina rumah sendiri dan hanya mengharapkan hasil jual go­reng pisang di tepi jalan yang tidak seberapa pendapatannya.

“Selama ini kalau tidak ada duit, saya bagi anak isteri makan dahulu dan saya tetap makan walaupun lauk kicap dan telur. Saya tidak makan pun tidak mengapa dan saya utamakan isteri anak dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini