fbpx

PM umum Pakej Pemulih 5 petang ini

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada pukul 5 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam Facebook Muhyiddin sebentar tadi.

Pengumuman khas itu boleh disaksikan di RTM, Bernama, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah.

Semalam Muhyiddin memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan hari ini sebaliknya jelas Perdana Menteri, Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga jumlah jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes.

Beliau berkata, susulan langkah itu juga, kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN