MotoGP: Maverick Vinales tinggalkan pasukan Yamaha

MotoGP: Maverick Vinales tinggalkan pasukan Yamaha

AKSI Maverick Vinales semasa sesi latihan bebas MotoGP pertama Grand Prix de Catalunya di Circuit de Catalunya, Montmelo di pinggiran Barcelona. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAMAHA secara rasmi mengesahkan bahawa Maverick Vinales akan meninggalkan pasukan itu akhir musim MotoGP 2021.

Sebelum ini timbul desas-desus mengejutkan apabila mendakwa Vinales bakal me­ninggalkan jentera Yamaha yang sertainya pada 2017 dan akan menyertai pasukan Aprilia.

Dalam kenyataan rasmi Yamaha berkata, keputusan dibuat atas permintaan pelumba Sepanyol itu yang tidak akan menyambung kontraknya bersama pasukan itu.

“Kerjasama bersama Yamaha sangat penting bagi saya selama lima tahun terakhir dan keputusan ini amat sukar buat saya.

MAVERICK VINALES

“Sepanjang musim bersama, kami meraih pencapaian hebat dan turut melalui masa-masa sukar. Namun, perasaan yang mendasari adalah saling menghormati dan menghargai. Saya komited sepenuhnya dan akan berusaha untuk mencapai hasil terbaik sepanjang musim ini,” kata Vinales dalam pernyataan rasmi Yamaha.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis melahirkan rasa sedih dan mengucapkan selamat kepada Vinales.

“Yamaha akan berusaha semaksimum mungkin, seper­ti yang selalu kami lakukan untuk memberikan sokongan penuh kepada Vinales dan menyelesaikan musim ini dengan cara yang terbaik,” kata Jarvis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya