Kartunis Aku Hidup Dalam Blues meninggal dunia - Utusan Malaysia

Kartunis Aku Hidup Dalam Blues meninggal dunia

SAARI Sulong (kanan) atai Aie, meninggal dunia pukul 4 pagi akibat komplikasi buah pinggang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kartunis terkenal, Saari Sulong, 48, atau Aie meninggal dunia kira-kira pukul 4.00 pagi tadi.

Menurut Kartunis Ujang atau Ibrahim Anon di Facebooknya, arwah menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi buah pinggang.

Aie yang tinggal di Kampung Sungai Manggis dekat sini terkenal dengan lukisan kartun Abe di majalah Ujang.


Menurut laman sesawang JenamaX, beliau dilahirkan di Kuala Lumpur pada Februari 1973.

Dibesarkan di Segamat dan Kluang, Johor sebelum menamatkan tingkatan 5 dekat Kuantan, Pahang.

Selama 25 tahun Aie melalui sepak terajang dunia kartun dan komik dengan memegang portfolio sebagai Kartunis, Ilustrator, Pelukis Komik, Pereka Grafik, Ketua Studio, Penolong Ketua Kartunis, Ketua Unit Ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa syarikat penerbitan tanah air yang menerbitkan majalah Jenakarama, Majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa melayu), Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya