Bangunan kediaman runtuh 11 maut - Utusan Malaysia

Bangunan kediaman runtuh 11 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk lapan kanak-kanak, terbunuh apabila sebuah bangunan kediaman runtuh.

Pihak berkuasa bandar Mumbai mengesahkan tujuh lagi cedera dalam kejadian malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan kerana beberapa lagi mangsa dikhuatiri hilang.

Penduduk yang selamat telah dipindahkan dari bangunan tersebut yang sudah selemat didudukui.

Daripada yang cedera, enam dalam keadaan stabil, dengan seorang wanita berusia 30 tahun dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

“Tiga orang masih disyaki terperangkap dan operasi untuk mencarinya,” kata Prabhat Rahangdale dari pihak berkuasa bandar Mumbai kepada Indian Express.

Kajadian runtuhan bangunan yang tidak dibina dengan sempurna terutama di kawasan setinggan di Mumbai merupakan perkara biasa terutama pada musim tengkujuh.

Kejadian runtuhan terbaharu ini berlaku ekoran hujan lebat berterusan- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya