PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan peningkatan kes sembuh Covid-19 iaitu 7,386 kes mengatasi 6,239 kes positif manakala Selangor kembali mencatatkan kes melebihi 2,000 kes iaitu 2,291 kes.
Sebanyak 75 kematian manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 81,575 kes berbanding semalam, 82,797 kes dan kelmarin, 84,269 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 905 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 453 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Selain Selangor yang menjadi penyumbang terbesar kes harian Covid-19, Kuala Lumpur menjadi negeri kedua dengan 704 kes diikuti Negeri Sembilan (507), Johor (468), Sarawak (419), Kelantan (340) manakala Pahang dan Sabah, masing-masing 232 kes.
“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 kes iaitu Labuan (200), Pulau Pinang (194), Perak (175), Terengganu (171), Melaka (150), Kedah (135) manakala Putrajaya (17) dan Perlis (4),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.










