PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes sembuh Covid-19 iaitu 5,439 kes sekali gus mengatasi kes positif yang turut mencatatkan trend yang sama iaitu 4,611 kes berbanding semalam, 5,293 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 69 kes kematian dicatatkan dengan 880 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 452 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 62,918 kes aktif.
“Selangor yang terus menjadi penyumbang terbesar turut mengalami penurunan kes iaitu 1,346 kes diikuti Sarawak (682), Negeri Sembilan (437), Perak (453), Johor (314), Kuala Lumpur (310), Kelantan (219), Melaka (205).
“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Kedah (182), Sabah (166), Labuan (130), Pulau Pinang (84), Pahang (50), Terengganu (18) dan Putrajaya (15) manakala Perlis mencatatkan sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.- UTUSAN ONLINE










