Tiga hari buka, PKRC baharu di Kelantan sudah penuh

Tiga hari buka, PKRC baharu di Kelantan sudah penuh

SMK Kampung Laut, Tumpat merupakan PKRC ke-13 di Kelantan yang menempatkan seramai 200 pesakit Covid-19 dari Kepulauan Tumpat. - FOTO/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kes jangkitan Covid-19 yang naik mencanak sepanjang bulan ini menyebabkan sesebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) baharu di Kelantan, mula mencapai kapasiti maksimum hanya selepas tiga hari dibuka.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, disebabkan trend terkini itu, pihaknya sentiasa mencari lokasi yang sesuai sebagai persediaan awal untuk membuka PKRC baharu sebaik sahaja diperlukan.

Terbaharu katanya, PKRC Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat yang dibuka mulai hari ini bagi menempatkan 200 pesakit Covid-19 dari Kepulauan Tumpat.

“PKRC ke-13 di Kelantan ini khusus untuk pesakit dari Teluk Renjuna, Pulau Beluru, Pulau Seratus dan Pulau Suri berusia 35 tahun ke bawah manakala pesakit berusia 35 tahun ke atas pula ditempatkan di PKRC di sekitar Kota Bharu.

“Saya tiada maklumat mengenai keseluruhan jumlah penduduk di empat pulau itu yang positif Covid-19 namun di PKRC SMK Kampung Laut, selain 200 katil sedia ada, sebanyak 50 katil lagi ditambah untuk menampung peningkatan pesakit.

“Kita juga sedang mencari lokasi untuk membuka satu lagi PKRC kerana peningkatan kes ketika ini menyebabkan 12 PKRC sedia ada hampir penuh,” katanya kepada pemberita ketika tinjauan operasi di PKRC Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azman berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan kemudahan di Institut Latihan Perindustrian (ILP), di sini serta beberapa kolej tempatan lain yang kini tidak beroperasi sebagai PKRC yang baharu.

“Setakat ini, penggunaan katil di 12 PKRC di Kelantan sudah melebihi 95 peratus. Kebiasaannya, PKRC di negeri ini akan penuh dengan pesakit dalam tempoh 72 jam sahaja.

“Bagaimanapun, jumlah itu tidak menentu mengikut kadar keluar dan masuk pesakit dalam satu-satu masa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya