Sukarelawan kesihatan diseru bantu KKM perangi Covid-19

Sukarelawan kesihatan diseru bantu KKM

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menyeru lebih ramai sukarelawan kesihatan tampil membantu menangani wabak Covid-19. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tenaga sukarelawan amat diperlukan bagi meringankan beban yang dipikul petugas kesihatan KKM di seluruh negara.

“Antara jawatan yang diperlukan adalah Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Juruteknologi Makmal Perubatan. 

“Terdapat tujuh syarat yang perlu dipenuhi iaitu berusia antara 18 hingga 60 tahun, sihat cergas fizikal dan mental, tidak mengandung, mendapat kebenaran majikan, bukan anggota KKM, sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan dan tiada sejarah kontak rapat dalam tempoh 14 hari,” katanya dalam ciapan Twitternya hari ini. 

Dr. Noor Hisham berkata, pihaknya juga tidak menyediakan pengangkutan, penginapan, makanan, elaun atau gaji di mana semua kos ditanggung sukarelawan. 

“Bagi mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, bolehlah lengkapkan borang di pautan, https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9.

“Sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada [email protected],” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya