Slot temu janji suntikan vaksin pengamal media minggu pertama Jun

Slot temu janji suntikan vaksin pengamal media minggu pertama Jun

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengamal media akan diberi slot temu janji suntikan dos pertama vaksin Covid-19 bermula minggu pertama bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar secara dalam talian, hari ini.

Khairy berkata, beliau turut mengesahkan sudah menandatangani dokumen mengandungi senarai pengamal media yang akan menerima vaksin itu, hari ini.

“Saya dah sign (tandatangan) senarai itu tadi (hari ini),” katanya.

Ditanya apa kedudukan pengamal media yang sudah menerima slot temu janji suntikan vaksin AstraZeneca sebelum ini, Khairy berkata, beliau mahu supaya mereka kekal dengan slot janji temu itu.

“Saya minta mereka kekal dengan janji temu suntikan itu bagi yang sudah mendapat slot suntikan AstraZeneca,” katanya.

Sebelum ini, Khairy mengesahkan seramai 5,867 pengamal media membabitkan 144 agensi media berdaftar di seluruh negara akan diberi slot suntikan vaksin Covid-19.

Beliau dilaporkan berkata, agihan vaksin itu selari dengan keputusan kerajaan untuk melindungi mereka di barisan hadapan termasuk mendahulukan pengamal media. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya