PKPD: R&R Gunung Semanggol beroperasi 8 pagi-8 malam

R&R Gunung Semanggol beroperasi 8 pagi-8 malam

R&R Gunung Semanggol bagi kedua-dua arah akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh PKPD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Premis makanan dan minuman di kawasan rehat dan rawat (R&R) Gunung Semanggol bagi kedua-dua arah akan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Bagan Serai, Kerian mulai hari ini.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Malaysia Bhd (PLUS), Syed Mohammed Idid berkata, urusniaga itu hanya melibatkan pembelian makanan dan minuman secara bungkus sahaja. 

Bagaimanapun katanya, semua kemudahan seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam. 

“Kami menasihatkan pelanggan lebuh raya untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19. 

“Dengan semangat #KitaJagaKita, kami berharap anda semua dapat mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 demi melindungi diri sendiri dan semua pihak,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai waktu operasi kemudahan di lebuh raya boleh melayari laman sesawang PLUS di www.plus.com.my dan/atau menerusi laman media sosial Facebook dan Instagram PLUS Malaysia atau twitter@plus2u. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya