PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 di negara ini berterusan mencatatkan jumlah jangkitan baharu melebihi 7,000 dalam tiga hari berturut-turut.
Hari ini, sebanyak 7,857 orang dilaporkan dijangkiti Covid-19 dan jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding semalam 7,487 kes dan kelmarin 7,289 kes.
Maklumat daripada Facebook Kementerian Kesihatan memaklumkan, tiga negeri menjadi penyumbang angka terbesar kepada peningkatan kes baharu hari ini iaitu Selangor (2,675 kes) Sarawak (772 kes) dan Kelantan (754 kes). – UTUSAN ONLINE










