Covid-19: Pasar Besar Kuala Berang, Pejabat Rela ditutup

Covid-19: Pasar Besar Kuala Berang, Pejabat Rela ditutup

PASAR Besar Kuala Berang di Hulu Terengganu ditutup sementara hingga 2 Jun depan berikutan penularan Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Pasar Besar Kuala Berang diarahkan tutup bermula hari ini hingga 2 Jun depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja nyah kuman berikutan penularan Covid-19. 

Penutupan sementara pasar utama itu dibuat mengikut Seksyen 18(1), Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Di samping itu, Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daerah yang beroperasi di bangunan premis pasar berkenaan turut diarahkan tutup.

Rela Hulu Terengganu dalam kenyataan menerusi laman Facebook berkata, beberapa pekerja pembersihannya di bangunan pasar itu disahkan positif Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, semua pegawai dan kakitangan akan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan sementara hingga 3 Jun depan.

Mukim Kuala Berang di Hulu Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 11 Jun.

Langkah itu berikutan 37 kes positif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi yang dikesan di mukim berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya