Dakwaan DAP: MKT perlu minta Zahid beri penjelasan

Dakwaan DAP: MKT perlu minta Zahid beri penjelasan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu segera meminta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan kepada lebih tiga juta ahli parti atas dakwaan DAP berhubung rundingan Presiden UMNO itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mohd. Fuad Tukirin berkata, dakwaan DAP itu sangat serius dan boleh menjejaskan keyakinan akar umbi sekali gus mengakibatkan UMNO tersungkur sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi. 

Katanya, selaku kuasa tertinggi dalam hierarki UMNO, MKT perlu meminta Ahmad Zahid membuat penjelasan itu sebelum atau semasa Perhimpunan Agung UMNO pada hujung bulan ini demi kebaikan dan survival parti. 

“Kita tidak mahu UMNO kalah sekali lagi dalam isu DAP dan Anwar ini. Apa guna kita berpolitik kalau parti yang kita bawa bertanding kalah PRU nanti. Isu macam ini yang akan menjatuhkan UMNO sekali lagi. 

“Memang jelas doktrin UMNO ialah No DAP, sebab kita tidak tahu apa perlembagaan dan polisi parti itu. Suara-suara sudah ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan dan sebagainya tentang (perilaku Presiden sebagai orang tertinggi parti sendiri berunding dengan Anwar dan DAP).

“Jadi kita harap beliau (Presiden) dapat perjelaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO ini nanti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong menerusi blognya mendakwa Presiden PKR itu berunding dengan Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan UMNO boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpinnya yang bekerjasama dengan PKR atau DAP.

Sebelum itu, Anwar mengesahkan sedang mengadakan rundingan dengan pemimpin UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik menjelang PRU-15. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya