Kementerian Kesihatan siasat isu pegawai tidak terima elaun Covid-19 - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan siasat isu pegawai tidak terima elaun Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan sedang menyiasat berhubung isu pegawai perubatan di Hospital Sungai Buloh yang mendakwa tidak menerima bayaran elaun khas Covid-19 yang diumumkan kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya telah menyerahkan kepada pihak Pengurusan Bahagian Kewangan untuk melihat dan meneliti kes itu secepat mungkin.

“Saya difahamkan oleh pegawai bahawa tuntutan elaun tersebut tidak lengkap menyebabkan petugas-petugas tersebut gagal mendapat bayaran elaun khas Covid-19.

“Walau apa pun, yang penting kita akan selesaikan perkara ini secepat mungkin,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan harian Covid-19, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan sebuah laman web, Code Blue yang menyiarkan luahan rasa seorang pegawai perubatan yang mendakwa dia masih belum menerima sebarang elaun perpindahan, on-call dan elaun khas petugas barisan hadapan Covid-19 semalam.

Dia yang ditempatkan di Hospital Sungai Buloh pada Mac bagi sama-sama membantu usaha membendung penularan Covid-19 berkata, elaun on-call dan elaun khas Covid-19 untuk bulan Jun masih belum diterima, malah elaun perpindahan pada Mac lalu juga masih tidak nampak bayang, ujarnya.

Tambah Noor Hisham, perkara tersebut perlu dilihat dan disiasat secepat mungkin bagi memberi keadilan kepada pegawai perubatan yang bertugas sepanjang penularan pandemik itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya