Hakim Danish layak ke Q2 GP Malaysia - Utusan Malaysia

Hakim Danish layak ke Q2 GP Malaysia

Pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSI, Muhammad Hakim Danish Ramli menjalani latihan kelas Moto 3 pada Petronas Grand Prix of Malaysia 2026 (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEPANG: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli terus mengekalkan aksi konsisten selepas melengkapkan sesi latihan di kedudukan keempat dan sekali gus mengesahkan tempat pada kelayakan 2 (Q2) Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang di sini, esok.

Anak muda berusia 19 tahun yang mewakli pasukan AEON Credit MT-Helmets MSi itu mencatat masa sepusingan 2 minit 11.573 saat (s).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelumba Sepanyol, David Almansa dari pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP pula mencipta masa terpantas 2:11.427s, manakala, penunggang Tech3 Racing, Rico Salmela dari Scotland berada di tempat kedua (2:11.496s) dan pelumba Indonesia, Veda Pratama dari Honda Team Asia di kedudukan ketiga (2:11.519s).

Keputusan yang dicatat Hakim Danish itu sekali gus membuka peluang kepada pelumba tersebut merebut grid yang lebih baik pada Q2 menjelang perlumbaan sebenar, Ahad ini tanpa perlu bersaing dalam Q1.

Hakim Danish yang melakukan penampilan sulung selaku pelumba tetap pada Kejuaraan Dunia Moto3, musim ini, telahpun mencatat dua keputusan podium di Mugello, Itali dan Brno, Republik Czech.

Jika anak jati Terengganu itu berjaya menempah grid yang baik pada Q2, esok, maka, peluang Hakim Danish untuk berada di podium buat kali ketiga amat cerah di hadapan penyokong sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini