Cheng Hoe mahu Harimau Malaya lebih berbisa

Cheng Hoe mahu Harimau Malaya lebih berbisa

Tan Cheng Hoe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya tidak boleh sekadar turun beraksi dengan apa yang ada, sebaliknya perlu menghimpunkan barisan terbaik setiap kali jendela antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dibuka jika mahu memburu kemenangan dan melonjakkan kedudukan ranking dunia.

Pengendali interim negara, Tan Cheng Hoe menegaskan, kehadiran pemain utama yang berada pada tahap terbaik menjadi kunci membentuk pasukan lebih mantap, selain memastikan keserasian dan corak permainan dapat dipertingkatkan dari satu perlawanan ke perlawanan seterusnya.

“Jika kita mahu mengutip mata ranking dan memperoleh keputusan positif, pasukan kebangsaan perlu dibarisi pemain terbaik yang kita ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kehadiran tonggak utama amat penting, khususnya apabila jendela antarabangsa rasmi FIFA bermula,” kata Cheng Hoe.

Menurut Cheng Hoe, tempoh berkenaan perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengumpulkan pemain berkualiti, sama ada bagi menghadapi aksi persahabatan mahupun perlawanan kompetitif, kerana kekuatan sebenar pasukan bergantung kepada kemampuan menurunkan kesebelasan terbaik.

Beliau berkata, penyertaan pemain utama secara konsisten juga mampu membantu Harimau Malaya mengekalkan momentum kemenangan, sekali gus membuka peluang mengutip mata ranking dunia secara berterusan.

Keberkesanan gabungan pemain terbaik itu, katanya, dapat dilihat menerusi kempen Piala ASEAN FIFA baru-baru ini apabila skuad negara mencatatkan tiga kemenangan dan satu keputusan seri dalam empat perlawanan, selain tidak melepaskan sebarang gol meskipun gagal mara ke final dan menamatkan saingan di tempat ketiga.

Dalam masa sama, Cheng Hoe mengingatkan setiap pemain supaya tidak berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya terus meningkatkan prestasi bersama kelab masing-masing bagi memastikan mereka bersedia apabila dipanggil menyarung jersi kebangsaan.

“Setiap pemain perlu terus meningkatkan prestasi dan kualiti permainan mereka dari semasa ke semasa.

“Peningkatan di peringkat kelab secara langsung akan memberi kesan positif terhadap kekuatan skuad kebangsaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini