Pemain Terbaik England kekal milik Bellingham

Pemain Terbaik England kekal milik Bellingham

Jude Bellingham
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jude Bellingham mempertahankan gelaran Pemain Terbaik England untuk musim kedua berturut-turut selepas sekali lagi menjadi pilihan peminat susulan persembahan cemerlangnya bersama The Three Lions di Piala Dunia 2026.

Bintang Real Madrid itu menikmati kempen antarabangsa yang cukup menyerlah, terutama menerusi ketajamannya di depan gol sehingga mengukuhkan kedudukannya sebagai antara tonggak utama skuad kendalian Thomas Tuchel.

Bellingham menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan, sekali gus mencipta rekod baharu sebagai pemain England dengan jumlah jaringan terbanyak dalam satu edisi Piala Dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain tengah berusia 23 tahun itu menjadi watak utama ketika membantu England menamatkan saingan di tempat ketiga selepas menewaskan Perancis 6-4 dalam aksi penentuan tempat ketiga yang berlangsung dengan pesta jaringan.

Prestasi Bellingham sepanjang kejohanan itu terus mendapat pengiktirafan apabila dia sekali lagi menerima undian tertinggi peminat untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik England.

Bercakap selepas menerima penghargaan itu kelmarin, Bellingham menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu penghormatan besar selain berterima kasih kepada penyokong yang terus memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan.

“Ia satu perasaan yang hebat. Sudah tentu satu penghormatan besar apabila sekali lagi diiktiraf oleh peminat.

“Ia bukan sesuatu anda fikirkan ketika bermain untuk negara, tetapi ia sememangnya satu tambahan yang indah kepada musim panas hebat yang kami lalui,” kata Bellingham. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×