Bellingham marakkan api England

Bellingham marakkan api England

JUDE Bellingham-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Jude Bellingham kini menjadi nadi England apabila sekali lagi menjadi watak utama membawa Three Lions ke separuh akhir Piala Dunia 2026.

Pemain tengah berusia 23 tahun itu meledak dua gol ketika England bangkit menewaskan Norway 2-1 selepas masa tambahan pada aksi suku akhir, semalam.

Gol berkenaan mengukuhkan reputasi pemain Real Madrid itu sebagai penyerang yang sentiasa hadir pada saat paling genting.

Gol itu bukan sekadar menghidupkan semula perjuangan England, malah mengubah momentum sepenuhnya memihak kepada juara dunia 1966 itu.

“Apabila keadaan tidak memihak kepada kami, kami sentiasa mencari jalan untuk menang. Sama ada dalam tempoh 90 atau 120 minit, kami akan memberikan segala-galanya.

“Sesiapa sahaja yang masuk dari bangku simpanan memainkan peranan. Saya amat bangga dengan semangat pasukan ini dan kini kami berada di separuh akhir Piala Dunia,” kata Bellingham.

Bellingham kini mengumpul enam gol di Piala Dunia 2026, menyamai rekod Harry Kane dalam kejohanan sama serta menyamai pencapaian legenda England, Gary Lineker sebagai penjaring gol bukan penalti terbanyak England dalam satu kejohanan utama.

Lebih mengagumkan, pemain tengah itu terus mengetuai tekanan ke atas benteng Norway sehingga saat dia dikeluarkan, membuktikan pengaruhnya bukan sekadar menerusi jaringan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN