Impian emas Farish-Hariz berkecai

Impian emas Farish-Hariz berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian pasangan atlet e-sukan negara, Farish Luzman Muhammad Farid Sellekumar dan Muhammad Hariz Hazmi Hakimin untuk menyumbang pingat emas buat Malaysia tidak kesampaian apabila sekadar berpuas hati di tempat kedua dalam acara eFootball di Aichi Sky Expo Hall, hari ini.

Farish dan Hariz akur dengan kehebatan gandingan Iran yang diwakili Abolfazi Aghaeinasab dan Hassan Pajani dengan keputusan agregat 4-2.

Dalam aksi tersebut, Farish terlebih dahulu meletakkan Malaysia di depan selepas berjaya menewaskan Abolfazi 2-1 menerusi kategori peranti mudah alih (mobile).

Bagaimanapun, kelebihan tersebut gagal dimanfaatkan apabila Hariz tewas 3-0 dalam kategori PlayStation 5 (console) kepada Hassan yang merupakan juara dunia dua kali.

Hariz tidak dapat menahan kesedihannya apabila dia dilihat mengalirkan air matanya sejurus tamat perlawanan.

Terdahulu, Malaysia menewaskan Thailand 6-2 pada pusingan pertama sebelum membelasah Uzbekistan 7-0 dalam aksi separuh akhir dalam laluan mereka melangkah ke pentas akhir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×