Sentuhan Hamilton belum tumpul - Hill

Sentuhan Hamilton belum tumpul – Hill

Lewis Hamilton masih mendapat kepercayaan Ferrari untuk bangkit dalam perebutan kejuaraan Formula Satu musim ini. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas juara dunia Formula 1 (F1), Damon Hill menyifatkan kebangkitan prestasi Lewis Hamilton bersama Ferrari musim ini membuktikan juara tujuh kali dunia itu masih memiliki pengaruh besar untuk kembali ke landasan kemenangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hamilton melalui musim pertama mengecewakan bersama Ferrari pada 2025 apabila sekadar menamatkan kejuaraan di tangga keenam, ketinggalan 96 mata di belakang rakan sepasukan, Charles Leclerc di samping gagal menaiki podium dalam mana-mana perlumbaan.

Namun, prestasinya berubah drastik musim ini apabila pelumba berusia 41 tahun itu mencatat kemenangan dominan di Barcelona selain empat lagi keputusan podium, sekali gus melonjak ke tangga kedua keseluruhan sebelum rehat musim panas.

Hill yang muncul juara dunia 1996 percaya Hamilton tidak akan berdiam diri untuk sekadar mengikut acuan Ferrari, sebaliknya menggunakan status serta pengalamannya bagi memastikan jentera pasukan Itali itu dibangunkan mengikut keperluannya.

“Dia akan menang dalam apa sahaja yang dilakukannya, saya rasa tidak mudah untuk dia sekadar berundur dan mengalah.

“Dia bekerja keras sepanjang musim sejuk dan jelas sekali turut berusaha membentuk Ferrari mengikut apa yang dikehendakinya,” kata Hill kepada F1.com.

Menurut Hill, pelaburan besar Ferrari untuk mendapatkan Hamilton memberikan pelumba Britain itu kedudukan yang cukup kuat untuk menyuarakan kehendak serta memainkan peranan lebih besar dalam menentukan arah pembangunan pasukan.

“Dia mahu memberitahu mereka apa yang dilakukannya dan meminta pasukan menyesuaikannya mengikut keperluannya, jadi kuasa dan reputasi yang dimiliki itu digunakan untuk melindungi dirinya, dan dia memang wajar berbuat demikian,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN