Hamilton kena fikir soal persaraan - Ecclestone

Hamilton kena fikir soal persaraan – Ecclestone

LEWIS HAMILTON-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas ketua Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone menggesa Lewis Hamilton mempertimbangkan persaraan selepas mendakwa juara dunia tujuh kali itu terlalu banyak merungut sejak menyertai Ferrari.

Ecclestone, 96, yang menerajui F1 dari 1987 hingga 2017, menyuarakan kritikan terhadap sikap pelumba Britain berusia 41 tahun itu ketika bersaing bersama pasukan Itali berkenaan.

Beliau sebelum ini turut mempersoalkan keputusan Hamilton menyertai Ferrari pada 2025 dan berulang kali mengkritik bekas pelumba Mercedes itu sepanjang kerjayanya dalam sukan permotoran elit itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila dia masuk ke dalam kereta untuk memulakan perlumbaan, dia sudah merungut tentang sesuatu sebelum selekoh pertama, tidak kira apa pun. Dia kini sudah mencapai usia yang memerlukannya memikirkan soal persaraan,” katanya.

Ecclestone turut berpandangan Charles Leclerc lebih serasi dengan Ferrari, manakala usaha Hamilton mengubah budaya dan cara bekerja pasukan itu dianggapnya tidak lagi mampu mencapai kejayaan.

“Leclerc ialah orang Ferrari. Sebaliknya, Hamilton datang dan cuba mengubah cara Ferrari bekerja. Sudah terlambat untuk dia melakukannya sebagai seorang individu,” katanya.

Kritikan itu muncul ketika hubungan Hamilton dan Leclerc menjadi perhatian selepas kedua-duanya bertembung pada pusingan pertama Grand Prix Mexico City, sekali gus menjejaskan peluang kemenangan Ferrari.

Ketua pasukan Ferrari, Fred Vasseur kemudian mengadakan perbincangan damai dengan kedua-dua pelumba di Brazil selepas Hamilton mendakwa tindakan agresif Leclerc menyebabkan pasukan kehilangan peluang kemenangan.

Bagaimanapun, Hamilton dan Leclerc menegaskan perselisihan itu sudah diselesaikan selepas perbincangan di Sao Paulo, sekali gus berharap dapat menumpukan perhatian kepada baki saingan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini