CARDIFF: Portugal mula berdikari tanpa khidmat Cristiano Ronaldo selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Wales dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah, semalam.
Kemenangan itu juga membolehkan pengendali Portugal, Jorge Jesus menghantar mesej berani kepada pencabar lain bahawa mereka juga kuat tanpa Ronaldo.
Walaupun sudah tidak diperkuatkan oleh Ronaldo, Portugal menjuarai Kumpulan A4 dan Jesus bertegas pasukannya memiliki kualiti tersendiri untuk menghadapi cabaran di suku akhir .
Jesus juga anggap kemenangan tersebut mampu menepis keraguan terhadap pasukan, sebaliknya tiga mata kali ini mampu meningkatkan lagi keyakinan pemain untuk berdepan cabaran akan datang.
“Saya tidak takut dengan sesiapa pun, biarlah pasukan lain yang berasa gentar dengan Portugal. Saya tidak mempunyai pilihan tertentu kerana Portugal adalah pencabar selepas pernah memenangi kejohanan ini dua kali.
“Di peringkat kumpulan, kami menentang pasukan yang hebat di Eropah, adakalanya pasukan yang buat boleh jadi lemah, begitu juga sebaliknya. Kami sudah berada di peringkat suku akhir, kita lihat nanti pasukan mana yang bakal kami hadapi,” katanya.
Pemilik baharu jersi nombor tujuh, Carlos Forbs muncul wira apabila meledak gol kemenangan Portugal, sekali gus melengkapkan dua lagi jaringan daripada Bruno Fernandes dan Pedro Neto. Dua gol Wales dihasilkan oleh David Brooks dan Sorba Thomas.
“Adalah sesuatu yang bagus untuk memperoleh kemenangan kerana orang mula meragui apa yang kami sudah capai,” kata Jesus yang turut mengakui masih wujud beberapa kelemahan dan perlu diperbaiki segera.- AGENSI











