Bezzecchi sedia kembali di  Silverstone

Bezzecchi sedia kembali di  Silverstone

Marco Bezzecchi memberi bayangan positif menjelang Grand Prix Britain apabila mengesahkan proses pemulihannya berjalan lancar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi memberi bayangan positif menjelang Grand Prix (GP) Britain apabila mengesahkan proses pemulihannya berjalan lancar selepas menjalani pembedahan akibat kemalangan ngeri di GP Jerman, bulan lalu.

Penunggang Itali itu terpaksa menarik diri daripada perlumbaan di Sachsenring selepas terbabit dalam kemalangan ketika sesi Kelayakan 2 (Q2), yang menyaksikannya mengalami kecederaan pada tulang selangka selain luka serius di bahagian lutut.

Bezzecchi kemudian menjalani pembedahan pada tulang selangkanya sebelum menjalani prosedur susulan bagi membersihkan kecederaan pada lutut, sekali gus memulakan perlumbaan mengejar masa untuk kembali beraksi sebaik sahaja cuti musim panas MotoGP berakhir.

Pelumba berusia 27 tahun itu bagaimanapun optimis mampu kembali mengemudi jentera RS-GP di Silverstone, sekali gus memperkuatkan cabaran Aprilia dalam baki saingan musim ini.

“Saya semakin baik dan proses pemulihan berjalan mengikut perancangan,” katanya seperti dipetik Motosprint.

Bezzecchi hadir ke perlumbaan malam Kejuaraan Motosikal Itali (CIV) di Misano baru-baru ini, namun sekadar menjadi pemerhati kerana masih belum dibenarkan menunggang.

Walaupun tidak dapat menyertai rakan-rakan Akademi VR46 seperti Francesco Bagnaia, Franco Morbidelli, Luca Marini, Celestino Vietti serta legenda MotoGP, Valentino Rossi di litar, kehadirannya jelas menunjukkan perkembangan positif terhadap tahap kecergasannya.

“Saya sentiasa gembira kembali ke CIV kerana di sinilah saya dapat bertemu ramai rakan dan rakan sepasukan. Suasananya sentiasa istimewa,” katanya.

Jika segala-galanya berjalan seperti dirancang, kepulangan Bezzecchi di Silverstone bakal memberi suntikan moral besar buat Aprilia yang sedang memburu keputusan lebih konsisten dalam perebutan kejuaraan.

Bagaimanapun, aksi di GP Britain masih belum menyaksikan barisan penuh pelumba utama MotoGP kembali beraksi apabila pelumba LCR Honda, Johann Zarco dijangka terus diketepikan susulan kecederaan lutut yang dialaminya di GP Barcelona. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN