Ouahbi tabik keberanian pemain Maghribi

Ouahbi tabik keberanian pemain Maghribi

Mohamed Ouahbi memberi arahan kepada pemainnya ketika berdepan Brazil.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY: Pengendali Maghribi, Mohamed Ouahbi bangga dengan keberanian pemainna ketika mengikat Brazil 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan C.

Ouahbi sebelum ini menegaskan pasukannya sudah bersedia untuk membuang status pasukan bukan pilihan, empat tahun selepas mencipta sejarah sebagai negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar.

Menurut Ouahbi, keputusan seri itu memberikan keyakinan tinggi terhadap masa depan bola sepak Maghribi.

“Kami seri dan kami gembira. Saya tidak kecewa. Sudah tentu kami mahu menang, tetapi saya tidak sedih.

“Apa yang paling saya banggakan ialah keberanian pemain untuk terus bermain dan meminta bola walaupun berada di bawah tekanan. Itu adalah satu kualiti hebat yang kami miliki.

“Saya mahu melangkah lebih jauh daripada separuh akhir, tetapi hari ini adalah perlawanan yang baik. Satu mata sudah memadai buat masa ini dan kami akan terus memperbaiki prestasi,” tambahnya.

Walaupun jumlah penyokong mereka jauh lebih kecil berbanding penyokong Brazil di Stadium New York yang dipenuhi penonton, Maghribi tetap memberikan sesuatu untuk diraikan menerusi persembahan cemerlang menentang juara dunia lima kali itu.

Menurut Ouahbi, kemasukan beberapa pemain gantian pada babak kedua memberikan tenaga baharu kepada pasukan ketika kedua-dua pasukan mula melakukan beberapa kesilapan dalam perlawanan yang berlangsung sengit.

“Saya tidak pasti sama ada hanya 20 peratus penonton adalah penyokong Maghribi, tetapi kami boleh mendengar sorakan mereka dengan begitu jelas.

“Jika benar hanya 20 peratus, mereka berjaya membuatkan saya merasakan jumlah mereka jauh lebih ramai.

“Saya harap mereka menikmati perlawanan yang hebat hari ini dan saya berharap sokongan seperti ini akan berterusan,” kata Ouahbi.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN