England perlu menang bukan mengaum

England perlu menang bukan mengaum

Kreativiti Jude Bellingham menjadi taruhan England menentang Panama dalam aksi Piala Dunia 2026 esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANSAS CITY: England tidak mempunyai pilihan selain kembali mempamerkan aksi meyakinkan ketika berdepan Panama pada perlawanan terakhir Kumpulan L awal pagi esok bagi mengesahkan status selaku juara kumpulan sebelum mengharungi pusingan kalah mati.

Skuad kendalian Thomas Tuchel berkongsi empat mata bersama Ghana selepas dua perlawanan, namun kedudukan itu masih belum selamat dengan Croatia hanya dibezakan satu mata di belakang menjelang aksi penentuan.

Kapten England, Harry Kane mengakui keputusan seri tanpa jaringan menentang Ghana mendedahkan beberapa kelemahan pasukan, namun percaya Three Lions mampu kembali menemui rentak sebenar apabila bertemu Panama.

“Ada beberapa perkara yang kami lakukan dengan baik ketika menentang Ghana dan ada juga yang perlu diperbaiki tetapi ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana kami berharap dapat memperbetulkannya ketika menentang Panama.

“Kami sedar apa yang perlu dilakukan dan sasaran kami adalah kembali mempamerkan prestasi terbaik untuk menamatkan saingan kumpulan dengan kemenangan,” kata Kane.

Sementara itu, pemain tengah England, Eberechi Eze menegaskan, beliau tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan terhadap pasukan selepas aksi hambar menentang Ghana, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam kem skuad kebangsaan.

“Saya tidak terlalu mengambil peduli apa yang diperkatakan orang luar kerana kami yang berada dalam pasukan, kami yang bekerja keras dan kami juga yang turun berjuang di atas padang,” katanya.

Panama yang sudah tersingkir dijangka turun tanpa tekanan untuk memburu gol pertama kejohanan, namun England pastinya mengharapkan ketajaman Kane, kreativiti Jude Bellingham dan impak pemain gantian seperti Eze bagi memastikan momentum mereka kembali menjelang aksi pusingan kalah mati. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN