Cabaran kembalikan maruah Harimau Malaya

Cabaran kembalikan maruah Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berdepan tugas mencabar menjelang kempen Piala AFF bulan depan apabila majoriti pemain kebangsaan dalam fasa rehat musim.

Cheng Hoe yang kembali mengemudi skuad kebangsaan menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kepercayaan diberikan, selain menegaskan komitmennya untuk memastikan Harimau Malaya kembali bersedia menghadapi kejohanan berprestij Asia Tenggara itu.

“Saya amat berterima kasih kepada FAM atas peluang ini. Ia satu tanggungjawab besar dan saya akan pastikan pasukan berada pada landasan terbaik,” katanya.

Beliau turut mengakui keperluan kerjasama erat daripada kelab-kelab tempatan dalam Liga Malaysia bagi memastikan pemain utama dapat dilepaskan bagi menjalani kem latihan pusat.

“Sasaran kami adalah satu perlawanan ke satu perlawanan. Fokus utama adalah mendapatkan keputusan terbaik tanpa memberi tekanan berlebihan kepada pemain,” jelasnya.

Sebagai persiapan awal, kem latihan pusat dijadual bermula 15 Julai ini dengan Cheng Hoe mengharapkan semua pemain melaporkan diri dalam keadaan fizikal dan mental yang terbaik.

“Kami mahu pemain datang dengan tahap kecergasan yang baik supaya persiapan berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, FAM dalam satu kenyataan berkata, perlantikan Cheng Hoe dibuat atas dasar selepas mengambil kira pengalaman, rekod pencapaian serta pemahaman mendalam beliau terhadap landskap bola sepak negara.

“FAM yakin pengalaman, kepakaran dan pengetahuan beliau mengenai bola sepak tempatan akan menjadi aset penting dalam usaha memperkukuhkan prestasi skuad Harimau Malaya”, katanya.

Untuk rekod, Nama Cheng Hoe bukanlah asing dalam kancah bola sepak negara apabila sebelum ini pernah dilantik selaku ketua jurulatih pada Disember 2017 hingga Disember 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN