Brazil 'lemas' sebelum bangkit ikat Maghribi 1-1

Brazil ‘lemas’ sebelum bangkit ikat Maghribi 1-1

ISMAEL Saibari (kiri) meledak gol Maghribi ketika seri 1-1 dengan Brazil dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2026.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY: Maghribi hampir melakar kejutan pertama di Piala Dunia 2026 sebelum Brazil bangkit mengikat kedudukan 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan C, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium New York itu, skuad kendalian Carlo Ancelotti diberikan tentangan sengit oleh Maghribi menerusi kawalan bola kemas di setiap posisi yang diketui Achraf Hakimi.

Penguasaan Maghribi dibuktikan dengan gol awal pada minit ke-21, hasil jaringan penyerang PSV Eindhoven, Ismael Saibari yang mudah mengatasi penjaga gol Brazil, Alisson.

Gol itu hadir hasil serangan balas pantas apabila Saibari melakukan larian dari tengah sebelum menyempurnakan umpanan tepat daripada Brahim Diaz.

Tersentak dengan jaringan itu, Brazil memperkemaskan permainan dan Vinícius Júnior berjaya menyamakan kedudukan, 1-1 pada minit ke-32, dengan penyudah cukup klinikal.

Pada babak kedua, tiada sebarang gol terhasil, namun Brazil kelihatan bergelut untuk menahan asakan Maghribi yang mempamerkan penguasaan dengan hantaran-hantaran kemas.

Dalam aksi tersebut, Brazil turun tanpa kelibat Neymar yang masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam aksi pertama.

Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata dalam saingan Kumpulan C.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN