Arsenal perlu lebih berani, pantas - Arteta

Arsenal perlu lebih berani, pantas – Arteta

Tonggak tengah Arsenal, Eberechi Eze menunjukkan reaksi kecewa selepas pasukannya tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam final Liga Juara-Juara di Puskas Arena, Budapest, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Kekalahan menyakitkan dalam final Liga Juara-Juara Eropah menjadi isyarat jelas buat Arsenal mereka perlu bertindak lebih agresif jika mahu menamatkan penantian menjulang trofi utama.

Pengendalinya, Mikel Arteta menegaskan The Gunners tidak boleh terus berada di takuk lama selepas tewas kepada Paris Saint-Germain (PSG) menerusi penentuan penalti dalam aksi final yang berlangsung di Budapest, semalam.

Menurut Arteta, kegagalan meraih gelaran bukan alasan untuk Arsenal berasa puas dengan pencapaian semasa, sebaliknya menjadi dorongan untuk melakukan perubahan lebih besar.

“Jika kami mahu melangkah ke tahap seterusnya, kami perlu mempunyai cita-cita yang lebih besar. Kami ada kemampuan itu tetapi ia memerlukan tindakan yang berani, pantas dan bijak.

“Saya akan mengambil sedikit masa bersama keluarga terlebih dahulu sebelum menilai segala yang telah kami lakukan musim ini,” katanya.

Arteta turut mengakui pasukannya mempunyai alasan untuk mempersoalkan beberapa keputusan pengadil, termasuk insiden membabitkan Noni Madueke dalam masa tambahan, namun enggan menjadikan perkara itu sebagai punca kekalahan.

“Kami perlu melihat diri sendiri terlebih dahulu. Untuk menang pada tahap tertinggi, kami perlu menjadi lebih baik dan mencari setiap kelebihan kecil yang mampu membezakan kemenangan dan kekalahan,” katanya.

Nada sama turut disuarakan kapten Arsenal, Martin Odegaard yang menganggap pasukannya dihukum oleh perbezaan yang terlalu kecil.

“Bola sepak di pentas seperti ini sering ditentukan oleh detik-detik kecil. Apabila perlawanan berakhir dengan penentuan penalti, apa sahaja boleh berlaku.

“Kami kecewa, tetapi perlu menerima hakikat itu dan kembali lebih kuat,” ujar pemain Norway tersebut.

Statistik perlawanan jelas memihak kepada PSG yang menguasai 72 peratus penguasaan bola berbanding hanya 28 peratus milik Arsenal, sekali gus membuktikan betapa sukarnya tugas skuad London itu untuk menyaingi dominasi gergasi Perancis berkenaan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN