Arab Saudi belanja RM8 bilion demi Piala Dunia

Arab Saudi belanja RM8 bilion demi Piala Dunia

- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kesanggupan Arab Saudi berbelanja besar untuk membangunkan keupayaan skuad kebangsaan negara itu belum dapat menjanjikan keputusan terbaik dalam Piala Dunia nanti.

Kerajaan yang kaya dengan minyak itu telah melaburkan sekitar RM8 bilion dalam tempoh tiga tahun ke dalam bola sepak, dengan menandatangani Cristiano Ronaldo, Neymar dan Karim Benzema dengan bayaran besar sebagai usaha menjadikan Liga Pro Saudi antara yang terbaik di dunia.

Arab Saudi juga telah memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2034, satu dorongan besar untuk rancangan mereka mempelbagaikan ekonomi dengan menarik pelancong dan perniagaan.

Namun, pasukan kebangsaan Arab Saudi telah melalui perjalanan yang sukar sejak mereka mengejutkan juara akhirnya, Argentina pada peringkat kumpulan Piala Dunia terakhir pada 2022.

Arab Saudi hanya berjaya melayakkan diri ke kejohanan 48 pasukan, Piala Dunia terbesar dalam sejarah melalui pusingan playoff, selepas memenangi kumpulan tiga pasukan yang turut melibatkan Indonesia dan Iraq berdasarkan perbezaan gol.

Kekalahan 0-4 kepada Mesir dan kekalahan kepada Serbia telah membawa kepada pemecatan jurulatih Perancis, Herve Renard, menamatkan tempoh kedua beliau selepas menggantikan bekas jurulatih Itali, Roberto Mancini.

Georgios Donis dari Greece, yang dibawa masuk hanya dua bulan sebelum Piala Dunia berkata, kemasukan pemain bintang dari Eropah telah menghadkan minit permainan pemain tempatan.

“Pemain Arab Saudi banyak belajar daripada pemain yang sangat baik dan berpengalaman, terutama dari Eropah, itu sesuatu yang sangat positif. Namun di pihak lain, pemain Saudi tidak mendapat peluang (untuk bermain) seperti sebelum ini.

“Kami memerlukan pemain bermain, kami memerlukan mereka mendapatkan rentak dan tempo yang lebih baik, itu sangat penting dalam bola sepak,”,” katanya kepada AFP pada majlis undian Piala Asia bulan lalu. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN